Wednesday 31 October 2012

Budget ke Bukit Merah Lake town Resort

Berbaloi ke?

Hye korang.....Hari ni nak share cite pasal Bukit Merah Lake town Resort. Best ke x best???Dulu memang best tapi sekarang dah x best, syeeda rasa macam x berbaloi langsung pergi sebab games dia yang untuk orang dewasa macam kite2 ni ade 4 je u'ollss. dah tu syeeda boleh naik 3 game je, satu yang boomerang tu nak tecabut jantung la sangat.., 1 lagi gelongsor pelampung tu pendek je dan dah usang n lagi 1 belon besar panjat2 terjun. Yang lagi satu tu, penat-penat kite dengan mak mendaki, sekali dia kata pakai swimming suit je boleh, t-shirt x leh, kesian mak kite taw, mak segan nak pakai swimming suit, kite lak ingat macam sunway lagoon, boleh je asalkan ketat n sendat haaa, sekali x dapat naik! dah la x ade orang taw, nak main 99 X pon x pe sebab dah tak ramai orang pegi situ. bayangkan la naik benda yang sama 3 games je memang boring la..Syeeda masuk Water Park sahaja, x amik yang combo,sebab kalau combo kite pegi tengok prang utan n naik chairlift dia rasanya..x best lah...

Harga pulak yang latest skali :

Yang ni harga untuk Water Park SAHAJA..tapi kalau Public Holiday syeeda pegi RM 32 untuk adult, RM28 untk Child...
 Yang ni pulak untuk pakej, Waterpark, Eco park, Orang Utan Island, Chairlift atau Skycycle...



Untuk Locker pulak memang GILA.. ! Dorang guna token kat sini, TETAPI Rent 1 locker kecik RM 2 tapi setiap kali nak buka kene RM1, ok Kalau locker besar RM4, setipa kali nak buka, kene RM2, bayang kan nak mandi x kan bawa duit, pastu kene buka tutup, diorang kaya kat situ je...syeeda hari 2 locker je dah berbelas ringgit...kejap tetinggal camera, kejap nak amik duit...habis duit aku!

Pelampung pulak, RM15, Deposit RM 5 nanti dia return kalau pulangkan before 6..tapi game main guna pelampung SATU SAHAJA..tapi nak main2 boleh la..diorang x ade single tube taw, semua double tube sahaja.

Ok pesanan dari penaja...Kalau nak g sini setakat nak main2 enjoy bawak anak2 ok lah, sebab banyak untuk budak2 je ponn...kalau nak rasa Klimaks keseronokan tu...hmmm rasenye...x tau lah..air dia ada banyak daun2 kering, game semua dah usang...tapi boleh main lagi...ok ni nak share gambar syeeda dengan family..

 Yang ni BOOMERANG..tecabut jantung weiiiii...

 YAng ni panjat belon terjun..Penat 2 kali naik semput...
 Yang ni kawasan Ombak..
 Haha boleh la...

Masuk2 basahkan badan....




BUDGET KE BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT UNTUK SEORANG:-

Apa?
Berapa?
1.       Entrance
RM32
2.       Locker
RM4 + 2
3.       Makan Laksa + Air
RM7
4.       Souvenir (Fridge magnet)
RM10 (3 PCS)
6.       Pelampung Double Tube
Deposit
RM15
RM5

Jumlah Keseluruhan = RM75.00 Seorang

Sunday 7 October 2012

Budget ke Sunway Lagoon.


Hye korang…hari ni actually nak share banyaaakk benda tapi kene satu2 lah….:) ok nak cite pasal SUNWAY LAGOON..kite pegi weekend lepas. Pertama sekali harga tiket,sewa pelampung, waktu operasi adalah seperti di bawah. Tolong bawa MYKAD korang taw untuk dapat 25% diskaun ok.





Syeeda masuk yang 3 parks je sebab ingatkan tak cukup masa nak main semua, sekali dorang buat renovation banyak benda yang tak dapat nak main u’ollss..harga sikit x kurang. HUH!! Yang dorang tutup dah la semua attraction yang memang best2 macam roller coaster, pastu yang gelongso ulo sawa tu, pastu yang naik kayu balak dalam gua tu, semua tutup sebab renovation. Sooo yang dapat main nye, Pirate ship tu, tomahawk, pastu river ride tu, pastu water park dia..tapi boring jugak la..

Masa masuk tu dorang akan bagi kite wrist band, alah jam tangan sunway lagoon la konon2, pastu benda tu banyak kegunaan taw, contohnya kalau korang nak sewa locker, amik yang dekat dengan water park dia sebab dia gunakan wrist band kita tu sbg kunci, so korang tak payah lah risau2 kunci ilang mase mandi ke apa. Pastu korang boleh buka tutup berjuta2 kali pon x pe jangan sampai rosak dah le. Harga Locker tu RM15.00 x payah deposit. Kalau korang bawa beg besa2 macam nak g London boleh amik locker besa RM50.00. tapi x yah la rugi, amik je locker kecik.muat la 2-3 beg macam tu. Wrist band tu boleh buat macam debit card, kita topup, scan je wrist band untuk beli ape dalam tu. Minimum RM50 rasenye.

Syeeda sugest kan korang main lah games yang kering2 dulu sebelum menerjunkan diri dalam ayo, sebab kalau basah bahaya. Bayangkan kalau naik pirate ship tu, kite menonggeng 360 darjah, kalau basah licin, eiiii jangan le…so pegi dulu nengok2 ulo sawe, arnab, dan binatang2 lain dekat wildlife park, pastu scream park ke dan lain2.

Ok pesanan dari penaja, kalau korang nak g main2 kat SUNWAY LAGOON, tunggu next year sebab banyak game baru yang lebih best dan extreme lagi siap untuk dimain. Sekarang jangan la..banyak tutup..RUGI…..semua deposit akan dipulangkan kalau kita return wrist band, before 6pm.
syeeda x amik deposit sebab masa kelua tu ada booth souvenir di mana kita boleh amik ape2 saja dengan wrist band kite tu, 1 wrist band satu barang, I amik payung ngan botol air sunway lagoon.:) 

Ni je pic yang ade..En.tunang x suke amik gambo...:)

BUDGET KE SUNWAY LAGOON UNTUK SEORANG:-

Apa?
Berapa?
1.       Entrance
Deposit
RM60
RM10
2.       Locker
RM15
3.       Makan Snack Plate Marybrown
RM17
4.       Souvenir (Fridge magnet)
RM5.90/pcs X 2
5.       Air Milo Freeze
RM6
6.       Pelampung Double Tube
Deposit
RM15
RM15
Jumlah: RM149.80 sahaja

Thursday 27 September 2012

Pelamin Fairytale Cinderella

Ok dear..ni syeeda nak review sikit pasal pelamin tunang syeeda. Memang puas hati amik dengan Chedet Butik.Bukan saja cantik malah berpatutan dengan budget dan dia buat ape yang kita mintak..means senang nak deal dengan CheDet ni.Ok ni la pelamin tunang syeeda..Kalau pelamin macam ni actually susah sikit nak buat dalam rumah tapi chedet BOLEH u'ollsss!! Cuba la..harga dalam RM1000-RM1500 je untuk semua sekali makeup,pelamin,hand bouquet, baju..ok lah kan..Kalau pakej pelamin biasa Chedet cuma RM750.00 je..:) ok lah nanti update makeup , hantaran n lain2 ok..




Monday 23 July 2012

Mas Kahwin


MAS KAHWIN DAN NILAINYA BAGI SEORANG PEREMPUAN,WANITA DAN ISTERI

Bercakap pasal “MAS KAHWIN” ni kadang2 boleh buat kita migraine kan. Syeeda nak share sikit pasal Mas kahwin ni, mintak maaf kalau tersalah tolong betulkan, just nak share info n mungkin dapat belajar lagi tentang Mas kahwin dengan korang before kita melangkah ke alam perkahwinan kan..ceeewaahhhh..hehe.. ok,sebenanya dalam hal ni, kedua2 pihak kena lah bertolak ansur, kalau pihak perempuan minta mas kahwin lebih dari nilai yang ditetapkan oleh negeri masing2, pihak lelaki should consider jugak lah sebab, mas kahwin ni ialah hadiah dari seorang suami kepada isteri yang akan dinikahinya tu kan. Kalau diikutkan RM1000 tu dah cukup ok lah untuk seorang perempuan, wanita dan isteri sebab dengan duit tu boleh lah kalau nak beli gelang emas ke, rantai emas ke kan untuk simpan sebagai kenangan untuk disimpan sampai ke akhir hayat kita. Kalau diikutkan nilai mas kahwin ikut negeri tu memang rendah dan tak boleh nak buat apa2 dengan nilai tu kan, jadi ikut lah pihak lelaki yang menilai tinggi mana dia memandang bakal isterinya tu. Sebab nilai mas kahwin ni susah jugak kan nak decide. Perempuan kalau boleh nak lebih sikit, Laki pulak nak cut cost gile2..nanti tak ikhlas tak berkat jugak kan..haiihhh renung2kanlah ye..ni ada pic nilai Mas Kahwin yang syeeda pinjam dari En.Google..




Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan  semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya  :

" اﻋﻈﻢ اﻟﻨﺴﺎء ﺑﺮآﺔ أﻳﺴﺮهﻦ ﻣﺆﻧﺔ "

 Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).                                                                                   ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim ) 3

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

Kamu  telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “


KESIMPULANNYA:

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas
tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab
suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan
menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani
kehidupan bersama suami.    


Selamat berkongsi ilmu korang :)

Tuesday 10 July 2012

Siapa lah saya.....




Syaheeda Ismail (Tuan punya kedai chipcekelat.blogspot.com)


Siapa lah saya???Syaheeda Ismail ataupun Syeeda...ESeee siapa tu ek..Saya la..baru je berjinak2 dengan dunia blog memblog ni, Blogger Irine Nadia Marcello yang selalu mejadi inspirasi pada syeeda untuk memajukan diri dalam dunia ni. (Kite customer VCO die lah)hehe..Wahh MERIAH sebenarnya dunia blog ni..selalu syeeda baca blog orang tapi sekarang nak try dengan blog sendiri..Memang KUNO bebeno syeeda ni..serius x pandai sangat lah nak blog-memblog ni..kalau ade sape2 yang sudi nak ajarkan pon padang bola syeeda tadahkan..

Sebenarnya syeeda nak aktif dalam blog ni sebab akan datang syeeda nak buat bisnes. Sekarang masih mencari pengalaman, apa bisnes yang syeeda nak buat?haaaa...macam ni..syeeda bercadang nak buat servis macam Candy Buffet, Gubahan Hantaran, dan yang berkenaan dengan Kawin lah orang kate..ni sebagai permulaan bagi syeeda untuk melangkah ke dunia yang lebih besar. Yelahh nak buka kedai terus mane nak CEKAU duit kan.. Harap-harap dapat lah kawan2 semua doakan dan menyokong mimpi  saye ye...:) 

THANKS U'OLLSSS.....SALAM PERKENALAN...:)

Cincin IDAMAN Saya…….


Tengok ni..cantik gile kan..kalaulah dapat ni memang gerenti tengah tido pon menyengih sampai ke telinga lah kan…1 untuk merisik, 1 untuk bertunang. Berapa ribu lemon la harganya ni kan..pic ni syeeda amik kat Google taw. Saje nak share dengan korang kalau2 tengah cari cincin kan boleh la tengok design ni…sweet,modern dan sangat cantik kan..kan..Actually SI DIA dah belikan pon cincin untuk syeeda, suke sangat even x dapat la yang macam ni kan..tapi ala2 batu batak tu ade la sikit. Hehe J..
Ni lah rupe cincin idaman saya tu..


Kalau korang tejumpa macam ni bgtaw ye..x dapat beli, dapat tengok pon jadik lah kannn..

Tuesday 12 June 2012

Hantaran Pertunangan SIMPLE :)

Ok u'olls syeeda punya majlis biasa-biasa je n barang hantaran untuk bertunang ni pun orang tua2 kate elok yang manis-manis je kan..al-maklumlah kan berdarah manis...so masa bertunang ni kan i'ollss semua x payah la mintak yang beria2 sangat kan..mintak yang simple2 je sebab mase nak kawin nanti kite mintak la yang GEDEBOOMMMM  sikit..heheh..tapi ikut kemampuan SI DIA jugak la ye..kesian pulak nanti...

HANTARAN PIHAK SI SAYA KEPADA SI DIA.....

  1. Sepasang baju melayu lengkap 
  2. Samping dengan Songkok
  3. Cincin tanda SI DIA tu kite yang punya (ecececewahhh)
  4. Cheese Cake in Jars (SoleY-SoleY's Recipe)
  5. Coklat
  6. Tepak Sireh / Sireh Junjung
  7. Buah-buahan
  8. Gula-gula
  9. Halwa (yang ni orang Perak mesti ada)

HANTARAN PIHAK SI DIA KEPADA SI SAYA

  1. Sepasang Kain- Kain Pasang / Baju Siap
  2. Cincin 2 bentuk (Merisik dan bertunang)
  3. Cake
  4. Coklat
  5. Macaroons
  6. Tepak Sireh/ Sireh Junjung
  7. Buah-Buahan
Kepada u'u'ollss yang nak bagi benda lain selain ni pon boleh..macam syeeda nak cut cost masa tunang, sebab masa kawin nak lebih2 sket..:) Barang2 boleh lah beli kat SEMUA HOUSE ataupun NILAI 3..memang sangat berbaloi2 dan murah..banyak sangat pilihan,rambang mata dibuatnya..jadi untuk mengelakkan kite buang masa, Syeeda dah list barang yang nak dicari dan warna tema nya sekali...Kalau nak buat hantaran sendiri pulak, bahan2nya ialah...


  1. Bekas/dulang hantaran 
  2. Artificial flower/ fresh flower (beli mase nak dekat majlis lah..)
  3. Reben dan yang sewaktu dengannya untuk hiasan..
  4. Span/Gabus lapik dulang hantaran
  5. Kain renda jaring2 tu
  6. Pembalut gabus
  7. Bulu2 lembut untuk hiasan
Setakat ni je dulu nanti syeeda update lagi ye..BABAI..

ENGAGEMENT CHECK LIST!!!

Kepada bakal2 berdarah manis nanti, korang jangan lupa check list untuk bertunang. SANGAT PENTING OK! Yelah kite ni yang baru nak merasa kemanisan bertunang ni for sure lah neves campur takut campur excited telebih pon ade kan...Takut2 lah kekalau ade yang tetinggal..Syeeda pon tanya kawan2 je ape yang perlu dan x perlu so that kite x lah terlebih budget nanti ye  :) Ok..Jom check same2. Kalau korang nak copy pon boleh..Sharing is Caring kan..kan..

3 MONTS BEFORE :)

U'ollss wajiblah menentukan perkara2 seperti di bawah :
  1. TARIKH:
  2. MASA:
  3. TEMPAT:
  4. JUMLAH TETAMU:
  5. SIAPA TETAMU 2:
  6. COLOR THEME:
Ok yang ni korang kene la bincang dengan SI DIA jugak sebab biasanya wakil pihak SI SAYA akan tanya pada wakil pihak SI DIA benda2 ni..So u'ollss kene prepare and bagitaw SI DIA siang2 ok..takut nanti confuse or misscommunication pulak kan..
Soalan2 yang perlu dibincangkan berbunyi seperti di bawah:
  1. Berapa wang hantaran SI DIA nak bagi kat SI SAYA?
  2. Berapa lama SI DIA nak ikat SI SAYA?
  3. Wang hantaran 2 nak bagi separuh sebelum majlis atau nak lump sum masa majlis atau macamana? 
Baiklah u'ollss bila dah tanya sambil malu2 kan..dah boleh start  BOOKING membooking pulak..Benda2 ni memang sedang eloklah dibuat awal 3 bulan sebelum majlis u'ollss 2 sebab selalunya dorang2 ni sibuk...yang ni semua syeeda serahkan pada CheDet Butik Nasha..booking 3 bulan awal sebab takut pelamin 2 ade orang cop..hehe seelok2nya tengok pakej..lagi jimat..




  1. Makeup Artis 
  2. Pelamin 
  3. Baju Tunang




2 MONTHS BEFORE :)

Aiii pejam celik pejam celik dah tinggal 2 bulan je lagi ni..Ok masa ni korang dah boleh lah take the next action iaitu MEMBELI....
  1. Cincin Merisik dan Bertunang untuk SI SAYA
  2. Cincin Bertunang untuk SI DIA
  3. Barang Hantaran (senarai barang hantaran tunang jap g syeeda bgtaw okek..)
  4. Kain pasang atau ape lah yang related..



1 MONTHS BEFORE :)


Kalau korang bercadang nak gubah hantaran sendiri, boleh lah start berbuat demikian sebab masa dah tak lama sangat plus bolehlah kita search2 kat internet tema gubahan kita tu. Syeeda gubah hantaran sendiri ikut tema Fairy Tales u'olls..kellass sangat..kalau korang pun nak buat ikut tema tapi budget sikit boleh lah try2 buat sendiri..syeeda pun x pandai tapi blaja dr internet je..Tapi lepas ni kalau sape2 rase nak tempah dengan syeeda just let me know lah ye..i boleh buatkan untuk korang...:) Nanti syeeda update gambar yang hantaran syeeda ok...