Monday 23 July 2012

Mas Kahwin


MAS KAHWIN DAN NILAINYA BAGI SEORANG PEREMPUAN,WANITA DAN ISTERI

Bercakap pasal “MAS KAHWIN” ni kadang2 boleh buat kita migraine kan. Syeeda nak share sikit pasal Mas kahwin ni, mintak maaf kalau tersalah tolong betulkan, just nak share info n mungkin dapat belajar lagi tentang Mas kahwin dengan korang before kita melangkah ke alam perkahwinan kan..ceeewaahhhh..hehe.. ok,sebenanya dalam hal ni, kedua2 pihak kena lah bertolak ansur, kalau pihak perempuan minta mas kahwin lebih dari nilai yang ditetapkan oleh negeri masing2, pihak lelaki should consider jugak lah sebab, mas kahwin ni ialah hadiah dari seorang suami kepada isteri yang akan dinikahinya tu kan. Kalau diikutkan RM1000 tu dah cukup ok lah untuk seorang perempuan, wanita dan isteri sebab dengan duit tu boleh lah kalau nak beli gelang emas ke, rantai emas ke kan untuk simpan sebagai kenangan untuk disimpan sampai ke akhir hayat kita. Kalau diikutkan nilai mas kahwin ikut negeri tu memang rendah dan tak boleh nak buat apa2 dengan nilai tu kan, jadi ikut lah pihak lelaki yang menilai tinggi mana dia memandang bakal isterinya tu. Sebab nilai mas kahwin ni susah jugak kan nak decide. Perempuan kalau boleh nak lebih sikit, Laki pulak nak cut cost gile2..nanti tak ikhlas tak berkat jugak kan..haiihhh renung2kanlah ye..ni ada pic nilai Mas Kahwin yang syeeda pinjam dari En.Google..




Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan  semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya  :

" اﻋﻈﻢ اﻟﻨﺴﺎء ﺑﺮآﺔ أﻳﺴﺮهﻦ ﻣﺆﻧﺔ "

 Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).                                                                                   ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim ) 3

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

Kamu  telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “


KESIMPULANNYA:

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas
tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab
suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan
menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani
kehidupan bersama suami.    


Selamat berkongsi ilmu korang :)

No comments:

Post a Comment